Friday, March 16, 2007

Kejadian Manusia (Adam) Menurut Pentateuch (Torah)







Pendahuluan

Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas. Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 – 2. Jika dirujuk secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan cipataan Tuhan yang pertama. Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi 6 hari.


Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang turut diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-makhluk di daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta sebagai makhluk di angkasa .

Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 1:26):“ The God said, “Let Us make humankind in our image, occording to our likeness and let them have dominion over the fish of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth


Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab Genesis yang menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia pertama. Didapati hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.

Kejadian manusia dari aspek fizikal



Kitab Suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang dicipatakan oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 2:7 ):“ then the LORD God formed man from the dust of the ground...” Dengan jelas pada pandangan penulis fakta kejadian manusia daripada tanah ini harus dipegang oleh penganut Kristian. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan berkenaan fakta tanah ini. Di dalam Evolution and Theology terdapat ahli agama yang menafsirkan penciptaan manusia daripada tanah itu harus difahami dalam bentuk metafora semata-mata dan bukan dalam bentuk tanah yang sebenar.


Ini adalah kerana dari segi pandangan kasar tidak mungkin tanah akan dapat membentuk sehingga menjadi manusia yang lengkap seperti pembentukan Adam. Selain itu mereka juga berpendapat bahawa jika ia berlaku, maka akan wujud proses-proses pembentukan tanah sehingga lengkap menjadi seorang manusia. Tetapi pada hakikatnya mereka tidak dapat menghuraikan pandangan tersebut dan bagaimanakah proses-proses pembentukan itu berlaku. Pada pandangan mereka, dalam hal ini seharusnya kepatuhan untuk menerima sebarang huraian daripada Kitab Suci iaitu Bibile harus diutamakan .

Penulis juga menemui bahawa ada terdapat huraian lain berkenaan persoalan tanah atau dust sebagaimana yang diungkapkan oleh Bibile. Di antaranya sebagaimana huraian di dalam Creation Revealed karangan Fredk A. Filby, perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada particles atau butir-butir . Selain itu ia juga telah rujuk kepada unsur atom . Pada pandangan penulis huraian ini adalah mengambil kira aspek atom di mana dari segi fizikalnya terdiri daripada unsur-unsur yang kecil sepertimana unsur yang terdapat di dalam debu tanah. Dengan melihat kepada huraian dan sumber yang terhad dan masa yang terbatas penulis dapati bahawa tidak terdapat huraian yang kukuh atau tepat tentang penciptaan manusia pertama iaitu Adam, begitu juga mengenai proses-proses pembentukannya.


Ini dikuatkan lagi dengan hujah yang dikemukakan di dalam buku I Belileve in the Creator karangan James M. Houstan yang mengatakan bahawa kejadian manusia dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan di dalam Old Testament mahupun New Testament. Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat seorang pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia sepertimana penciptaan Adam.


Kejadian manusia dari aspek spiritual

Penulis telah menegaskan sebelum ini bahawa hanya terdapat satu ayat sahaja yang menghuraikan kejadian manusia pertama iaitu Adam di dalam Genesis. Bahagian pertama ayat tersebut telah dikategorikan sebagai huraian kepada pembentukan manusia secara fizikal. Manakala sebahagian yang lain telah menghuraikan dari aspek spiritual. Sebagaimana yang diungkap di dalam Genesis ( 2: 7 ):“...and breathed into his nostril the breath of life; and the man became a living being.”


Dengan melihat kepada ungkapan di atas penulis mendapati terdapat dua komponen utama dalam penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril mewakili badan atau body dan breath of life mewakil roh atau spirit. Penjelasan ini amat ketara sebagaimana huraian yang terdapat di dalam The Nature and Destiny of Man . Dengan meneliti ayat di atas penulis tidak jelas dan tidak pasti sama ada ayat tersebut merupakan huraian kepada proses terakhir penciptaan manusia atau sebaliknya. Ia amat berbeza sebagaimana huraian yang dijelaskan dalam pendangan Islam terhadap peniupan roh ke dalam jasad Adam.



Berdasarkan huraian dalam Islam sebagaimana huraian di perigkat peniupan roh bahawa, pada peringkat ini adalah peringkat terakhir kejadian penciptaan Adam. Di dalam menafsir ayat di atas didapati bahawa terdapat unsur anthropomorphic . Di dalam The Genesis Record didapati seakan-akan Tuhan mempunyai pipi sehingga dapat mengembungkannya dan seterusnya meniupkan roh (breath of life) ke dalam jasad Adam melalui lubang hidung (nostril ). Ini menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai jasad sepertimana manusia.Berkenaan dengan jangkamasa penciptaan manusia pertama iaitu Adam, Genesis memaparkan bahawa proses ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu satu hari.


Ini dapat dirujuk kepada Genesis ( 1:27 ). Penciptaan ini terjadi pada hari keenam sebelum Tuhan beristirehat pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun al-Quran memaparkan bahawa proses penciptaan manusia mengambil masa yang panjang. Persamaan dan perbezaan al-Quran dan Pentetuech dalam penciptaan manusia pertamaDalam perbincangnan sebelum ini dengan jelas didapati bahawa terdapat hanya satu persamaaan di antara al-Quran dan Pentatuech dalam penciptaan manusia.


Kedua-duanya menyatakan penciptaan manusia adalah daripada tanah. Walaubagaimanapun dalam perbincangan al-Quran unsur tanah ini mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya sebagaimana yang dihuraikan sebelum ini manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada tanah dan ia akan kembali ke tanah selepas mati. Selain itu Ibn Kathir menyatakan unsur tanah ini adalah bermaksud tetap pendirian dan ia juga adalah alternatif Allah ke atas zat tanah yang pada dasarnya tanah mempunyai manfaat dan lebih baik daripada unsur lain yang wujud seperti api dan sebagainya .

Di dalam Evolution and Theologi, St. Augustine menerangkan bahawa perbincangan penciptaan manusia adalah suatu yang tidak memberi manfaat. Ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan persoalan dari aspek Theologi yang membicarakan persoalan manusia dengan Tuhannya . Manakala dari segi perbezaan, penulis mendapati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara. Di antaranya berkenaan proses keseluruhan penciptaan manusia. Di dalam al-Quran proses penciptaan manusia ini dihurai dengan cara yang tersusun dan mempunyai peringkat-peringkat tertentu. Dengan ini ia akan lebih mudah difahami dan diyakini.

Manakala huraian yang terdapat di dalam Pentatuech agak ringkas dengan penggunaan satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis ( 2:7 ). Pada pandangan penulis ia sukar difahami dengan jelas bukan sahaja kepada penganut agama lain malah penganut agama Kristian sendiri termasuk ahli-ahli Theologi mereka. Selain itu ia juga akan mengundang salah interpretasi terutama dalam persoalan unsur tanah. Perbezaan seterusnya adalah berkenaan dengan tempoh masa kejadian manusia. Walaupun masih belum dapat memastikan tempoh masa sebenar penciptaan manusia di dalam al-Quran disebabkan masa yang terhad, tetapi yang pasti tempohnya mengambil masa yang panjang iaitu 40 tahun sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Ini adalah berdasarkan huraian di peringkat sebelum peniupan roh ke dalam jasad Adam sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas dengan merujuk kepada kalimah “الدهر ” yang membawa maksud waktu daripada masa.

Manakala di dalam Genesis dengan jelas menunjukkan penciptaan manusia ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama satu hari sahaja iaitu pada hari keenam. Ini dengan merujuk kepada Genesis ( 1: 27-31 ). Penulis melihat bahawa adalah benar jika untuk mengatakan bahawa perbincangan mengenai penciptaan manusia di dalam Bibble bukan suatu yang penting dan utama bagi masyarakat Kristian. Ini adalah kerana ia tidak termasuk salah satu doktrin agama Kristian seperti Konsep Triniti, Dosa Warisan, Salvation dan beberapa yang lain. Dalam Islam walaupun ia bukan termasuk dalam perbincangan doktrin utama sekalipun, tetapi persoalan ini bersangkut paut dengan kepercayaan dan keimanan terhadap kekuasaan Allah yang berkuasa untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.

1 comment:

masterDR said...

Dalam Genesis, memang sedikit pnerangan yg diberikan berkaitan penciptaan mnusia pertama. Dan jelas dfirmankan Tuhan, mnusia dciptakan drpd debu. Mngkin dlm mata manusia 'debu' atau tanah adalah mustahil utk mmbntukkan seorang manusia. Tetapi dasar iman org kristen adalh brpegang kpd kata2 Tuhan Yesus sndiri, yang mengatakan "berbahagialh kamu yg percaya wlaupun blum melihat". Tanpa terus berbicara kpd ttg pnciptaan mnusia, mari kita melihat kematian manusia pula. Di bahagian seterusnya dlm kitab Genesis, Tuhan mngatakan mnusia akan mati, dn kmbali smula drpd apa yg dia dcptakan. Manusia yg mati, akhirnya kembali mnjdi tanah.